BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Slideshow Gambar Negeri Terengganu

Sunday, July 25, 2010

Pakaian Tradisional Terengganu

Terengganu sebuah negeri di Panatai Timur, terkenal dengan pembuatan songket selain dari kaya dengan hasil laut juga perusahaan logam seperti tembaga dan perak. Di sinilah berhimpunnya seniman-seniman Melayu dahulu yang mencurahkan kreativiti dan kemahiran dalam menghasilkan kraftangan orang Melayu yang amat membanggakan.
Pada masa dahulu lelaki dari Terengganu memakai Baju Melayu Teluk belanga yang lebih pendek dari sutera Cina atau kain tenun yang dilengkapi dengan samping limar songket atau kain tenun Bugis. Wanitanya memakai Baju Kurung berpesak kembang dari kain sutera Cina atau kain tenun Terengganu berjalur benang emas atau bunga tabur. Selain dari itu terdapat juga pemakaian Baju Melayu Cekak Musang bagi lelaki dan Baju Kebaya bagi wanita.
BusanaTerenggnu1
Lelaki memakai Baju Melayu berbelah depan dipadankan dengan samping songket dan tengkolok. Wanita memakai Baju Kebaya potongan lama dari broked Cina dan sarung songket Terengganu.

BusanaTerenggnu2
Lelaki berbaju Melayu Teluk belanga cara Terengganu, bersamping songket dan berbekung. Wanita berbaju Kurung Teluk Belanga songket bunga tabur serta berselendang.

BusanaTerenggnu3
Baju Kebaya Labuh kain kasa berbunga dipadankan dengan batik Terengganu corak berbunga.

BusanaTerenggnu4
Baju Melayu yang dipakai oleh lelaki Melayu di terengganu sejak dahulu dipadankan dengan kain samping pelikat berdagang luar.

BusanaTerenggnu5
Baju Melayu Cekak Musang sutera corak jalur berdiri ikat celup dipadankan dengan kain samping songket.

BusanaTerenggnu6
Kebaya Labuh bercorak bunga kecil bersulam benang keemasan dipadankan dengan selendang renda.

BusanaTerenggnu7
Potongan Baju Riau Pahang organza hijau serindit dipadankan kain kembang bercorak tapak catur.

BusanaTerenggnu8
Baju moden berkolar tinngi dipadankan dengan seluar yang asalnya disebut sebagai seluar pembesar. Pakaian dilengkapi dengan selempang leher yang juga digunakan sebagai ikat pinggang.

BusanaTerenggnu9
Baju Kurung corak bunga bertabur yang dipadankan dengan kain sarung songket cerah motif teluk berantai ikatan ombak mengalun. Pakaian ini dilengkapi dengan selendang kain renda yang digunakan juga sebagai penutup kepala.

BusanaTerenggnu10
Baju Melayu Cekak Musang satin dipadankan dengan ikatan kreatif. Dahulu menjadi pakaian anak-anak raja yang diperlengkap dengan bengkung dan tengkolok

BusanaTerenggnu11
Kebaya pendek kain baldu dipadankan sarung ketat warna-warni menggunakan teknik ikat celup. Memakai kain kelubung selendang lepas.

BusanaTerenggnu12
Baju Riau Pahang juga dipakai oleh keluarga diraja Terengganu pada masa dahulu. Wanita ini memakai Baju Riau Pahang leher sejari dari songket Terengganu dipadankan dengan kain satin potongan moden.

BusanaTerenggnu13
Baju Kurung Teluk Belanga potongan moden diperbuat dari kain sari. Kain sarung dipakai cara tindih kasih

No comments:

Post a Comment